Permohonan Bantuan Warga Emas – Siri 2

24 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Permohonan Bantuan Warga Emas – Siri 2 ” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Staf PEDi membantu warga emas dalam komuniti untuk mengemakini maklumat dalam website N9 digital bagi permohonan inisiatif baru warga emas yang berumur 70 tahun ke atas sumbangan keceriaan daripada kerajaan negeri Sembilan. Di samping itu, staf PEDi membantu warga emas dalam muat naik dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, salinan pengesahan pendapatan dan dokumen daftar pengundi. Setelah lengkap, permohonan tersebut boleh dihantar dan pemohon akan dapat pengesahan emel daripada penghantaran tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali